Kongsi benda baru, dapat ganjaran

Jika anda suka dapat benda secara percuma, duit tambahan setiap bulan dan menjadi orang pertama untuk diperkenalkan benda terbaru, ini tempat untuk anda!

Syarat Penggunaan

Updated: September 20, 2017

8Share Account Holder Terms and Conditions of Use for Malaysia

Pengenalan

Perjanjian "Perjanjian") antara anda dengan REV SOSIAL MALAYSIA SDN. BHD. ("8Share") terdiri daripada Terma dan Syarat Standard ("Terma dan Syarat") bagi Program-Program 8Share ini ("Program"). Keterangan Program, secara amnya ditawarkan oleh 8Share, boleh didapati di URL Program Soalan Lazim ("FAQ"), yang terletak di here atau URL lain yang 8Share akan sediakan dari semasa ke semasa. Dengan menyertai 8Share, anda dengan itu bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Program ini, dan untuk terikat dengan Terma dan Syarat serta semua dasar dan garis panduan yang ditetapkan.

Terma dan Syarat adalah dimiliki atau dikawal oleh 8Share dan anak-anak syarikat. Sepanjang berada dalam Terma dan Syarat ini, perkataan seperti 'kami', atau 'kita' digunakan sebagai merujuk kepada 8Share.

Kami berhak mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa. Penerusan anda dalam penggunaan Program ini bermakna anda bersetuju dengan versi semasa Terma dan Syarat, dimana kesemuanya boleh didapati di laman web 8Share (www.8share.com) ("Laman"). Sebagai pengguna berdaftar bagi Program ini, kami memohon anda untuk sentiasa mengkaji semula Terma dan Syarat ini.

" Anda" atau " Pemegang Akaun 8Share " adalah bermaksud mana-mana entiti yang dikenal pasti dalam borang pendaftaran melalui "Sign Up" di Laman ini (www.8share.com) yang dikemukakan oleh anda kepada kami untuk tujuan menyertai Program ini.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa anda memahami Terma dan Syarat sebelum anda bersetuju untuk menyertai Program ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan sila hubungi kami dengan pertanyaan anda di malaysia@8share.com

Definisi

"Pemegang Akaun 8Share" bermaksud mana-mana orang yang telah mendaftar untuk Program, dengan niat untuk menyertai atau menggunakan Program 8Share.

"Perniagaan" bermaksud mana-mana entiti pihak ketiga yang menggunakan 8Share untuk mengiklan, mempromosi atau memasarkan produk atau perkhidmatan mereka melalui Program.

"Bayaran" bermaksud bayaran yang dibuat oleh mana-mana perniagaan kepada Pemegang Akaun 8Share kerana menyertai Program ini.

"Laman" bermaksud www.8share.com

"Specials" bermaksud kempen pengiklanan, pemasaran dan promosi yang dikarang oleh %{site}, Perniagaan atau ejen-ejen mereka.

"Klik unik" untuk Pemegang Akaun 8Share di Malaysia, bermaksud satu klik pada "special" dari pelawat unik yang datang dari dalam Malaysia. Pelawat unik adalah seseorang yang tidak pernah klik pada "special" sebelum ini. Sila rujuk What is a Unique Visit (U.V.) unik (Unique Visits) untuk maklumat lanjut mengenai klik unik.

"Pendapatan" bermaksud kredit yang dihasilkan oleh anda melalui penyertaan anda dalam Program.

“Platform Komunikasi Internet” merujuk kepada laman sosial atau aplikasi yang membolehkan pengguna untuk mencipta dan kongsi kandungan dan maklumat, atau untuk mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti di laman social. Definisi ini tidak termasuk sebarang platform pemesejan atau aplikasi lain.

Pengguna tidak dibenarkan untuk kongsi kandungan 8Share di laman web atau aplikasi yang berikut: Tagged.com Gigacircle.com Globallshare.com Badoo.com Meetup.com Bebo.com Pinterest.com Tumblr.com Instagram.com Ask.fm YouTube.com Whatsapp.com Line.me Wechat.com Snapchat.com Keek.com Gleam.io Skype.com

Sekiranya pengguna ingin berkongsi Special di laman web ataupun di aplikasi yang tidak ditertera dalam senarai di atas, pengguna wajib menghantarkan pertanyaan kepada malaysia@8share.com untuk mendapatkan kelulusan terlebih dahulu..

Pendaftaran

Sebelum mendaftar untuk Program ini, anda memberi jaminan dan mengesahkan bahawa anda TIDAK akan:

Menyamar sebagai orang lain, atau memberi gambaran palsu tentang hubungan anda dengan seseorang;

Memberikan apa-apa maklumat yang: (a) palsu, tidak tepat, mengelirukan atau tidak lengkap; (b) melanggar undang-undang; (c) fitnah, mengugut dan mengganggu; dan (d) mengandungi apa-apa virus, kuda Trojan, cacing, bom masa atau rutin pengaturcaraan komputer lain yang bertujuan untuk merosak, memintas atau merampas mana-mana sistem, data atau maklumat peribadi.

Program dan unsur-unsur komponen adalah berdasarkan kebenaran eksklusif yang memerlukan semua Pemegang Akaun 8Share untuk Opt-in. Ini bermakna, pilihan menyertai dan terus mengambil bahagian dalam Program dan tahap penyertaan adalah di tangan anda.

Kami mempunyai hak mengikut budi bicara kami untuk meminta pengesahan, atau mengesahkan bagi pihak anda, apa-apa maklumat yang diberikan oleh anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang diberikan di dalam borang pendaftaran 8Share.

Anda hanya boleh memohon dan mengekalkan hanya satu akaun 8Share sahaja.

Anda mengakui bahawa semua maklumat yang diberikan oleh anda kepada 8Share untuk mendaftar dalam Program ini adalah betul dan terkini. Anda merupakan pemilik bona fide yang sah bagi setiap akaun Twitter, Google+, blog atau mana-mana akaun Platform Komunikasi Internet yang lain untuk tujuan Perjanjian ini dan Program. Anda mempunyai hak mutlak, kuasa, dan keutamaan untuk memasuki Perjanjian ini dan untuk melaksanakan tindakan yang diperlukan daripada anda.

Anda seterusnya memberi jaminan bahawa setiap akaun Twitter, Google+, blog atau mana-mana akaun Platfom Komunikasi Internet milik anda dan apa-apa bahan yang dipaparkan di dalamnya sebelum mendaftar untuk program ini dan sepanjang penggunaan Program ini: (i) mematuhi semua syarat-syarat penggunaan dan garis panduan yang ditubuhkan di dalamnya serta undang-undang dan peraturan yang berkaitan; (ii) tidak melanggar mana-mana syarat penggunaan dan garis panduan yang ditubuhkan di dalamnya, peraturan-peraturan, hak mana-mana pihak atau entiti, termasuk hak harta intelektual atau hak di bawah perlindungan pengguna, liabiliti produk, atau kontrak; dan (iii) tidak lucah, berbaur kebencian atau ganas dalam kandungan.

Untuk mendaftar bagi menyertai Program ini, anda perlu memberi maklumat yang sah kepada kami. Dengan syarat anda mematuhi dan bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, anda akan diberikan nama pengguna dan kata laluan.

Anda mesti menyimpan nama pengguna dan kata laluan rahsia dan tidak mendedahkan kata laluan anda kepada sesiapa. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk apa jua aktiviti yang berlaku di bawah akaun 8Share anda. 8Share tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat penggunaan nama pengguna atau kata laluan anda yang tidak dibenarkan.

Anda bersetuju untuk memberitahu kami dengan segera sekiranya berlaku apa-apa penggunaan akaun 8Share anda yang tidak dibenarkan atau sebarang pelanggaran keselamatan yang lain. Aduan hendaklah dibuat melalui e-mel kepada malaysia@8share.com

Maklumat yang anda berikan dalam pendaftaran 8Share adalah kepunyaan anda.

Akaun 8Share, kata laluan dan nama pengguna anda adalah bersifat peribadi dan tidak boleh dipindah milik di bawah apa jua keadaan.

Anda hanya boleh menggunakan Program untuk tujuan yang sah.

Anda mesti menyediakan kami dengan maklumat yang sah dan benar. Khususnya anda bersetuju bahawa maklumat yang diberikan pada skrin pendaftaran 8Share, bersama-sama dengan butiran peribadi lain adalah sah dan tepat.

Anda perlu memaklumkan kepada kami apa-apa perubahan maklumat yang diberikan oleh anda pada skrin pendaftaran 8Share (termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat e-mel dan maklumat kenalan peribadi yang lain) dengan secepat mungkin.

Anda selanjutnya bersetuju untuk memberi maklumat lain yang terkini. Sebagai salah satu syarat penggunaan anda, anda menjamin bahawa anda merupakan Pemegang Akaun 8Share tulen atau bona fide. Adalah tanggungjawab anda untuk memastikan penggunaan Program mematuhi Perjanjian ini dan sebarang notis yang diterima oleh anda daripada 8Share.

Bayaran

Perniagaan akan membayar 8Share jika anda menjana sejumlah klik unik pada setiap Istimewa yang dikongsi melalui penyertaan anda dalam Program ini.

Anda boleh menjana Pendapatan berkaitan dengan bilangan klik unik yang disahkan oleh 8Share yang dijana menerusi perkongsian Istimewa dan / atau acara-acara berkaitan lain yang dijalankan dengan penyertaan anda dalam Program ini, dalam setiap kes seperti yang telah ditetapkan oleh 8Share untuk peserta dalam Program.

Tiada wang yang akan menjadi hak anda sebagai Pemegang Akaun 8Share sehingga wang tersebut dibayar kepada anda atau atas arahan anda seperti yang dibenarkan di bawah Perjanjian ini.

Perjanjian ini tidak sama sekali menjadikan Pemegang Akaun 8Share sebagai ejen, pemegang amanah atau mana-mana hubungan fidusiari 8Share yang lain.

Anda mengakui bahawa Pembayaran, adalah tawaran yang dibuat untuk anda oleh Perniagaan dan tidak dalam apa cara sekalipun dibuat oleh 8Share.

8Share akan menerima wang dari penyertaan anda dalam Program melalui Perniagaan dan akan berusaha untuk memastikan Perniagaan mematuhi kewajipan mereka untuk mendepositkan dana yang sesuai ke dalam akaun kami. Pendapatan yang dijana oleh Pemegang Akaun 8Share melalui penyertaan mereka dalam Program tidak boleh ditebus sehingga Bayaran telah diterima sepenuhnya dari Perniagaan dan 8Share tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang mungkin ditanggung anda sekiranya Perniagaan tidak mematuhi kewajipan ini.

Sekiranya Perniagaan lalai dalam kewajipannya untuk membuat Pembayaran kepada 8Share, 8Share boleh, tanpa perlu mengambil apa-apa tindakan untuk mendapatkan semula dana ini.

Sebaik sahaja anda telah menjana , JUMLAH CASHOUT MINIMUM sebanyak RM50.00 (atau lebih) dikreditkan ke Akaun 8Share anda, anda mempunyai kelayakan untuk memasukkannya ke dalam akaun bank peribadi anda DENGAN SYARAT anda membuat permintaan cashout dan setiap permintaan cashout boleh dibuat sekurang-kurangnya dengan nilai minimum RM50.00 kepada nilai maksimum RM500.

Dalam permohonan cashout anda, anda dikehendaki memilih salah satu kaedah Pembayaran yang ditawarkan di Laman ini: How Can I Redeem Money Bagaimana Saya Boleh Menebus Wang. Proses membuat Permintaan Pengeluaran telah diperincikan di halaman akaun 8Share (FAQ) Bagaimana Saya Boleh Menebus Wang How Can I Redeem Money.

8Share tidak akan bertanggungjawab untuk membayar anda apa-apa wang sehingga jumlah wang terkumpul sekurang-kurangnya RM50.00 dan tidak diwajibkan untuk membayar anda apa-apa wang pada setiap permintaan cashout jika ia adalah lebih daripada RM500.

Setelah 8Share menerima Permintaan Pengeluaran anda, bayaran akan dibuat mengikut arahan anda pada kaedah pembayaran yang ditawarkan di laman web ini dalam tempoh 1 bulan. Semua caj bank atau caj pemindahan akan ditanggung oleh anda.

Jika akaun 8Share anda tidak aktif, 8Share akan menahan sebarang penebusan kredit yang diperoleh dan tidak akan melayan sebarang Permintaan Pengeluaran, bagi sebarang jumlah cashout. Akaun 8Share anda dianggap tidak aktif jika berdasarkan rekod 8Share, anda tidak log masuk untuk tempoh tiga (3) bulan atau lebih atau jika anda tidak menerima Pembayaran yang 8Share telah cuba untuk sampaikan kepada anda, dan / atau 8Share tidak dapat menemui anda, atau tidak menerima arahan pembayaran yang mencukupi daripada anda, selepas menghubungi anda di alamat yang anda berikan kepada kami.

8Share mempunyai hak untuk menamatkan dan / atau mengeluarkan apa-apa kredit yang diperoleh daripada mana-mana Akaun 8Share yang tidak aktif.

8Share tidak bertanggungjawab atas apa-apa Bayaran berdasarkan mana-mana amaun yang terhasil daripada klik yang tidak sah sama ada dengan menggunakan skrip automatik atau program komputer untuk menghasilkan klik unik ke atas kempen Pengiklanan, atau klik yang diperoleh daripada beberapa akaun di bawah identiti palsu, atau sebaliknya, atau akibat daripada sebarang pelanggaran terma dan syarat Program ini, atau seperti yang ditentukan dengan budi bicara 8Share.

8Share mempunyai hak untuk menahan Bayaran atau bayaran balik akaun anda disebabkan daripada pelanggaran Terma dan Syarat oleh anda, sementara menunggu siasatan 8Share terhadap pelanggaran syarat-syarat tersebut atau dalam kes sekiranya Perniagaan ingkar dalam membuat pembayaran.

Upon receipt of a cash out rejection notice from 8Share , you have a period of 14 days to submit any clarification/justification for invalid clicks. Upon submission of your clarification/justification, 8Share will conduct an investigation into the matter. Should your clarification/justification not sufficiently explain your unusual/invalid clicks activity, 8Share reserves the right to terminate and/or remove any earned credits from your 8Share Account.

Sekiranya penyertaan anda dalam Program ditamatkan oleh kami atau anda, 8Share tidak bertanggungjawab untuk membayar baki kredit kepada anda. Jika anda ingin menerima Pembayaran atas baki kredit yang diperoleh, anda mesti membuat Permintaan Pengeluaran sekurang-kurangnya satu bulan sebelum meminta untuk menutup akaun. Jika penutupan itu tidak dibuat atas permintaan anda, tetapi ditamatkan oleh kami kerana pelanggaran Perjanjian ini, anda tidak akan menerima apa-apa bayaran.

Dalam apa jua keadaan, bagaimanapun, 8Share tidak akan membuat Pembayaran untuk mana-mana baki kredit yang diperoleh kurang daripada RM50.00 atau jika penutupan sesuatu Program adalah disebabkan daripada pelanggaran terma dan syarat atau jika anda tidak log masuk ke dalam akaun 8Share untuk tempoh 3 bulan berturut-turut.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan ketepatan maklumat yang diberikan apabila membuat Permintaan Pengeluaran. 8Share tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian, kos atau kerugian berkenaan Bayaran yang dibuat berdasarkan arahan anda untuk Pembayaran. Anda bersetuju dan menerima bahawa 8Share boleh membuat bayaran pentadbiran sekiranya anda memberikan maklumat yang tidak betul dan anda dengan nyata memberi kuasa 8Share untuk menolak caj ini daripada akaun 8Share anda.

8Share tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga berhubung dengan Akaun 8Share anda atau mana-mana Permintaan Pengeluaran.

Tiada faedah akan dibayar daripada pendapatan yang dijana dan akaun anda tidak mempunyai nilai wang sehingga wang tersebut, subjek Permintaan Pengeluaran, telah ditebus dengan sah.

8Share boleh mengubah struktur Pembayaran pada bila-bila masa. Jika anda mempertikaikan sebarang bayaran yang dibuat di bawah Program ini, anda mestilah memaklumkan kepada 8Share secara bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari; kegagalan dalam memaklumkan 8Share akan mengakibatkan pengabaian oleh anda aatas apa jua tuntutan yang berkaitan dengan pertikaian Bayaran tersebut.

Pembayaran dikira hanya berdasarkan rekod yang diselenggarakan oleh 8Share. Tiada ukuran atau apa-apa jenis statistik lain akan diterima oleh 8Share atau berkaitan kepada Terma dan Syarat ini. Pembayaran yang dibuat di bawah Program ini adalah untuk kegunaan anda sahaja dan tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pihak ketiga melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh 8Share (termasuk melalui mel elektronik)

8Share akan mengekalkan maklumat kad kredit Pemegang Akaun 8Share ', butir-butir akaun bank dan butiran akaun 8Share anda.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menilai implikasi cukai dan apa-apa liabiliti pada dana yang diterima melalui penggunaan Perkhidmatan ini.

8Share akan menyimpan maklumat kewangan yang berkaitan dengan rekod transaksi anda. Setakat yang mungkin, 8Share akan menyimpan maklumat ini dalam bentuk yang tidak dikenal pasti. Butiran amaun yang ada pada kredit anda akan dipaparkan dengan jelas sebagai 'Pendapatan Anda' - diakses selepas anda log masuk ke akaun 8Share anda.

8Share akan mengekalkan rekod Pendapatan Anda. 8Share akan merekodkan dana yang anda mungkin berhak dan maklumat lain pada akaun 8Share (Rekod Transaksi). Rekod Transaksi ini boleh diakses oleh anda (menggunakan butiran akaun 8Share anda), dan hanya akan digunakan oleh 8Share untuk tujuan Program ini. Anda bertanggungjawab untuk privasi dan merahsiakan rekod transaksi anda walaupun 8Share mempunyai kewajipan di bawah Dasar Privasi.

Semua terma dan syarat di bawah tajuk Pembayaran ini akan terus hidup dan kekal berkesan. Sekiranya perjanjian ini luput, tamat tempoh atau tidak diteruskan, ia akan dihentikan sepenuhnya mengikut budi bicara 8Share.

Privasi

Hak Informasi

8Share boleh menyimpan dan mengguna segala maklumat yang anda berikan termasuk tetapi tidak terhad kepada demografik Program ini dan maklumat hubungan dan maklumat bil. Anda bersetuju bahawa 8Share mungkin akan memindahkan atau menzahirkan maklumat peribadi yang tidak boleh dikenal pasti kepada parti ketiga mengenai anda bagi tujuan mendapatkan kelulusan dan membolehkan penyertaan anda dalam Program ini, termasuk kepada parti ketiga yang menetap dalam bidang kuasa undang-undang data yang kurang ketat berbanding dengan anda. 8Share juga mungkin memberikan informasi sebagai respon kepada proses perundangan sah, seperti sepina, waran geledah dan perintah mahkamah, atau untuk menubuhkan atau melaksanakan hak undang-undang atau untuk membela terhadap tuntutan undang-undang. 8Share menafikan segala tanggungjawab, dan tidak bertanggungjawab terhadap anda untuk sebarang penzahiran maklumat tersebut oleh mana-mana pihak ketiga.

8Share mungkin berkongsi maklumat peribadi yang tidak boleh dikenal pasti mengenai anda, termasuk URL-URL Program ini, statistik-statistik tertentu Program ini dan maklumat seumpamanya yang dikumpul oleh 8Share, dengan bisnes dan parti ketiga yang lain. Tambahan juga, Anda memberikan 8Share hak kepada akses, index dan cache Program ini, atau mana-mana bahagian daripadanya, termasuk dengan cara automatik termasuk “Web spiders” atau “crawlers”.

8Share mungkin berkongsi maklumat peribadi yang tidak boleh dikenal pasti mengenai anda atau sebarang akaun platform komunikasi Internet (“Internet Communication Platform Account”), statistik-statistik tertentu dan maklumat seumpamanya yang dikumpul oleh 8Share, dengan bisnes, bisnes-bisnes bakal dan parti ketiga yang lain.

Anda bersetuju bahawa 8Share mungkin menggunakan nama anda untuk pembentangan, bahan-bahan pemasaran, senarai pengguna, laporan kewangan dan senarai akaun platform komunikasi Internet (“Internet Communication Platform Account”) pengguna.

Untuk isi kandungan yang dilindungi oleh hak harta intelek, anda khususnya memberikan kami lesen seluruh dunia (“worldwide license”) yang tidak eksklusif, boleh dipindah milik, sub-lesen dan bebas royalti. Lesen ini boleh menggunakan mana-mana kandungan IP yang anda berikan.

Syarat Penggunaan

Berikutan ialah syarat prinsipal penggunaan dan penyertaan anda dalam Program ini. Tanpa prejudis kepada sebarang hak kami terhadap anda sekiranya anda melanggar sebarang terma dan syarat Perjanjian ini, kami menyimpan hak eksklusif yang mengikut budi bicara untuk menamatkan penggunaan Program ini oleh anda dengan menyahaktifkan Akaun 8Share anda dan mengharamkan anda daripada mendaftar untuk mana-mana Akaun 8Share lain sekiranya anda melanggar atau gagal mematuhi mana-mana syarat-syarat berikut:

  • Anda tidak boleh menyertai atau menggunakan Program ini bagi pihak orang lain;
  • Anda tidak boleh menggunakan Akaun 8Share orang lain;
  • Anda tidak akan memindahkan akaun 8Share anda kepada orang lain melalui apa-apa cara yang termasuk menjual atau melelong akaun anda;
  • Anda tidak boleh memuat naik dan menyuntik ke rangkaian 8Share ini melalui apa-apa cara sebarang kandungan yang mengandungi apa-apa virus, “Trojan horses”, “worms”, “time bombs”, “cancelbots” atau sebarang rutin pemprograman komputer yang bertujuan untuk merosakkan, mengganggu untuk tujuan menjejaskan, memintas atau mengambil alih mana-mana sistem secara tersembunyi, data atau maklumat peribadi;
  • Anda tidak boleh memuat naik atau memancar sebarang maklumat yang melanggar mana-mana paten, tanda dagang, rahsia perdagangan, hak cipta atau hak milik mana-mana parti;
  • Anda tidak boleh menggunakan Program ini untuk menghantar mesej yang tidak diingini;
  • Anda tidak boleh menggunakan, pos atau menghantar sebarang bahan dalam apa jua bentuk yang dianggap oleh 8Share, adalah atau berkemungkinan akan merosakkan Perniagaan atau reputasi 8Share
  • Anda tidak boleh pos dan / atau menghantar beberapa Special atau link ke Special pada satu masa atau spam semasa menggunakan Program ini;
  • Anda tidak boleh pos berbagai Special atau link ke Special dalam satu pos;
  • Anda tidak boleh pos link yang memperdayakan kepada Special termasuk tetapi tidak terhad kepada pesanan yang berbunyi "Tolong klik link ini untuk buka laman web ini" / "Sila klik" / "Tolong saya klik" / "Tolong membantu saya" / "Tolong saya memperolehi"/" Buka link ini "/ dan lain-lain atau sebarang mesej yang berasal atau diubah daripada mesej-mesej itu;
  • Anda tidak boleh pos Special atau link ke Special yang tidak berkaitan dengan Special tersebut;
  • Anda tidak boleh pos Special melalui iklan Facebook, iklan Google atau sebarang servis atau ruangan iklan yang dibayar;
  • Anda tidak boleh pos di sebarang akaun platform komunikasi Internet (“Internet Communication Platform”) yang awak tidak miliki;
  • Anda tidak boleh menggunakan imej, bunyi, teks, alamat e-mel, link yang tidak berkaitan atau sebarang bentuk gambaran yang salah dengan memberikan gambaran yang salah, menipu atau menggunakan muslihat ke atas pengguna Internet agar mereka klik pada link anda kepada Special;
  • Anda tidak boleh menggunakan mod “private” / mod “anonymous” pada browser Internet anda semasa menggunakan Program ini;
  • Anda tidak boleh menggunakan pelayaran “cloak” semasa menggunakan Program ini;
  • Anda tidak boleh mempermudahkan atau menggalakkan sebarang pelanggaran Terma dan Syarat ini;
  • Anda tidak boleh berkongsi Special atau link ke Special di sebarang forum Internet;
  • Anda tidak boleh pos Special atau link ke Special di topik perbualan sebarang platform komunikasi Internet (“Internet Communication Platform”) yang tidak dianjurkan oleh anda;
  • Anda tidak boleh pos Special atau link secara rawak melalui sebarang platform komunikasi Internet (“Internet Communication Platform”) kepada pengguna yang bukan kawan anda;
  • Anda tidak boleh menggunakan sebarang bahan lucah atau apa-apa bahan yang mengandungi isi kandungan kebogelan atau seksual semasa menggunakan Program ini;
  • Anda tidak boleh menuntut, memohon atau meminta pengguna Internet yang link untuk klik link anda atau link kepada Special anda;
  • Anda tidak boleh melanggar hak harta intelek yang dimiliki oleh 8Share atau mana-mana pihak lain;
  • Anda tidak boleh melanggar, menyalahi atau bercanggah dengan mana-mana terma, garis panduan yang diperbadankan, peraturan atau polisi-polisi Facebook, Twitter, blog atau sebarang platform komunikasi Internet (“Internet Communication Platform”) semasa penggunaan akaun-akaun tersebut oleh anda berhubungan dengan penggunaan Program ini. Facebook Terms and Conditions, Facebook Platform policies, Twitter Terms and Conditions;
  • Anda tidak akan menggunakan hak cipta kami atau tanda dagangan atau sebarang tanda yang seumpamanya, atau sebarang hak harta intelek kami tanpa kebenaran bertulis daripada kami;
  • Anda tidak akan melanggar mana-mana hak harta intelek kami, seperti yang dijelaskan di tajuk "Hak Harta Intelek" di bawah.
  • Anda tidak boleh kongsi atau menetapkan sebarang Special sebagai sesuatu peraduan ataupun “giveaway” di sebarang laman web ataupun aplikasi.

Tanggungjawab Parti-Parti

Anda bertanggungjawab ke atas sebarang akaun platform komunikasi Internet (“Internet Communication Platform”) anda termasuk semua kandungan dan bahan-bahan, penyelenggaraan dan operasi mengenainya, pelaksanaan garis panduan 8Share yang sepatutnya, dan pematuhan kepada Terma dan Syarat ini, termasuk mematuhi peraturan Program ini, garis panduan , adat dan polisi. Dalam sebarang kes, 8Share berhak untuk menyiasat, mengikut budi bicaranya sendiri, sebarang aktiviti yang menyalahi Terma dan Syarat ni, 8Share tidak bertanggungjawab ke atas sebarang yang berkaitan dengan akaun platform komunikasi Internet (“Internet Communication Platform”) anda, termasuk tanpa penghantaran data antara mana-mana platform komunikasi Internet (“Internet Communication Platform”) dan 8Share.

Penamatan; Pembatalan

Anda boleh menamatkan penyertaan anda dalam Program ini dan sehubungan dengan itu pematuhan anda kepada Terma dan Syarat ini dengan atau tanpa sebab pada bila-bila masa dengan menghantar notis bertulis mengenai keinginan anda untuk membatalkan penyertaan anda dalam Program ini kepada  malaysia@8share.com

Perjanjian ini akan dianggap ditamatkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh 8Share menerima notis anda. 8Share boleh menyiasat sebarang aktiviti yang menyalahi Perjanjian ini. 8Share boleh pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya, menamatkan semua atau sebahagian daripada Program ini, atau menggantung atau menamatkan penyertaan dalam semua atau sebahagian daripada Program ini bagi sebarang sebab.

Selepas penamatan penyertaan dalam Program ini atau penamatan Perjanjian ini bagi sebarang sebab, Terma dan Syarat di bawah tajuk "Pembayaran" tetap kekal walaupun ada penamatan. Sebarang kewajipan anda di bawah Terma Perkhidmatan ini juga akan terus kekal walaupun ada pembatalan. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas anda atau sebarang pihak ketiga akibat daripada pengubahsuaian, pemberhentian, atau pembatalan.

Hak Harta Intelek

Anda mengakui bahawa 8Share memiliki semua hak, hak milik dan kepentingan, termasuk tanpa had semua Hak Harta Intelek (seperti yang ditakrifkan di bawah), dalam dan ke atas Program ini (tidak termasuk barangan yang dilesenkan oleh 8Share daripada pihak ketiga dan tidak termasuk sebarang pemain media pihak ketiga yang wujud dalam Program ini), dan bahawa anda tidak akan memperolehi sebarang hak, hak milik atau kepentingan dalam atau ke atas Program ini kecuali yang ditetapkan secara nyata dalam Terma dan Syarat ini.

Anda tidak akan mengubah suai, menyesuaikan, menterjemah, menyediakan kerja terbitan daripada, menyusun, melakukan kejuruteraan berbalik, membongkar atau cuba untuk mendapatkan kod sumber daripada sebarang perkhidmatan 8Share, perisian, atau dokumentasi, atau mencipta atau cuba untuk mencipta pengganti atau perkhidmatan serupa atau produk melalui penggunaan atau akses kepada Program ini atau maklumat proprietari yang berkaitan dengannya.

Anda tidak akan membuang, mengaburi, atau mengubah notis hak cipta 8Share atau notis hak proprietari lain yang dilekat atau terkandung dalam sebarang jua perkhidmatan, perisian, atau dokumentasi 8Share.

"Hak Harta Intelek" bererti bahawa sebarang dan semua hak yang sedia ada dari semasa ke semasa di bawah undang-undang paten, undang-undang hak cipta, undang-undang perlindungan cip semikonduktor, undang-undang rahsia perdagangan, undang-undang tanda niaga, undang-undang persaingan tidak adil, undang-undang keyakinan dan kelirupaan dan sebarang dan semua hak proprietari, termasuk segala pindaan sekarang atau selepas ini berkuat kuasa dan berkesan di seluruh dunia.

Anda diberikan lesen yang terhad dan bukan eksklusif untuk menggunakan hak harta intelek yang disediakan oleh 8Share (Kandungan) semata-mata untuk penggunaan di bawah Program ini dan menurut Terma dan Syarat ini.

Anda tidak boleh mengedar, mengubahsuai, menyalin, menghantar, memapar, mengeluar semula, mengguna, menerbit, memberi lesen, mencipta karya derivatif atau menjual atau berurusan ketika urusan perdagangan dalam sebarang cara, sebarang hak harta intelektual milik 8Share

Jika anda menggunakan Harta Intelek milik 8Share dengan cara yang tidak secara jelasnya tidak dibenarkan oleh Terma Perkhidmatan ini, anda dikira melanggar Terma dan Syarat ini dan boleh melanggar hak cipta, cap dagang dan undang-undang lain. Dalam kes itu, kami akan membatalkan kebenaran anda untuk menggunakan Program ini secara automatik.

Publisiti

Anda bersetuju bahawa 8Share boleh menggunakan nama dan logo anda untuk pembentangan, bahan-bahan pemasaran, senarai pelanggan, laporan kewangan, senarai pelanggan laman web, Halaman Hasil Carian, dan Halaman Rujukan.

Mesej dan Notis dari 8Share

Ia adalah syarat penggunaan Program oleh anda bahawa anda bersetuju untuk menerima mesej atau notis daripada 8Share berkaitan dengan Special melalui Internet atau sebaliknya, termasuk telefon bimbit anda.

Sekiranya pada bila-bila masa anda ingin berhenti dari menerima mesej-mesej ini daripada 8Share maka anda boleh berbuat demikian dengan membatalkan akaun 8Share anda dan menghentikan penggunaan Program ini oleh anda.

Segala isi kandungan yang terkandung dalam mesej-mesej ini disediakan oleh Bisnes-bisnes dan tidak merangkumi sebarang pengesyoran atau pengendorsan oleh 8Share atau pengarah atau pekerja atau sebarang pihak yang berkaitan.

Sebarang tawaran yang terkandung dalam mesej-mesej tersebut dibuat oleh Bisnes-bisnes dan bukan 8Share.

Bisnes-bisnes bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketepatan dan kesesuaian sebarang kandungan atau tawaran dalam mesej. 8Share tidak memberi sebarang jaminan tersurat atau tersirat mengenai sifat sebarang mesej dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang anda mungkin alami disebabkan oleh mesej-mesej atau penggunaan Program ini oleh anda.

Tiada Waranti

Program ini disediakan kepada anda atas dasar sebagaimana yang ada. Kami dengan ini menafikan segala jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada nyata atau tersirat, berkanun atau sebaliknya termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan yang tersirat kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan bukan pelanggaran hak. Kami tidak memberi jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan, mata wang, atau kebolehpercayaan sebarang kandungan atau data yang boleh didapati melalui Program ini.

Kami tidak memberi sebarang perwakilan dan jaminan bahawa penggunaan Program ini tidak akan terganggu atau bebas daripada kesilapan. 8Share tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan yang disediakan atau bagi sebarang platform komunikasi Internet (“Internet Communication Platform”) yang boleh dikaitkan dengan atau dari Special.

8Share tidak memberi sebarang perwakilan dan jaminan mengenai hasil yang anda akan dapat melalui Program ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang perwakilan mengenai jumlah Bayaran yang anda akan perolehi melalui Program ini. 8Share tidak memberi sebarang jaminan bahawa penggunaan Program ini oleh anda tidak melanggar sebarang peraturan, garis panduan, dan dasar sebarang platform komunikasi Internet (“Internet Communication Platform”).

Anda bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah-langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan bahawa sebarang isi kandungan yang anda boleh dapati daripada Program ini adalah bebas daripada virus dan sebarang kod komputer yang berpotensi merosakkan.

Had Liabiliti

8Share TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI BAWAH TERMA DAN SYARAT INI UNTUK SEBARANG KEROSAKAN SECARA LANGSUNG, TURUTAN, KHAS, TIDAK LANGSUNG, TELADAN, ATAU PUNITIF, ATAU SEBARANG KEROSAKAN SAMA ADA DALAM KONTRAK, TORT ATAU SEBARANG TEORI UNDANG-UNDANG YANG LAIN, WALAUPUN PARTI TERSEBUT TELAH DINASIHATI TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT DAN MESKIPUN TERDAPAT SEBARANG KEGAGALAN TUJUAN UTAMA SEBARANG PEMULIHAN TERHAD. DALAM SEBARANG KEADAAN, SEBARANG KEROSAKAN AKAN DIHADKAN KEPADA RM100.

Setiap pihak mengakui bahawa pihak yang satu lagi telah bersetuju kepada Terma dan Syarat ini bergantung kepada had liabiliti yang dinyatakan di sini dan bahawa had-had tersebut merupakan asas yang penting dalam tawaran di antara parti-parti tersebut.

Tanpa mengehadkan yang disebut di atas, 8Share tidak memberikan sebarang jaminan mengenai tahap atau klik atau klik Unik untuk sebarang Special, masa penghantaran klik tersebut atau sebarang amaun Pembayaran yang akan diberikan kepada anda di bawah Program ini.

8Share tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan atau kelewatan dalam pelaksanaan kewajipan kami di bawah Perjanjian ini, hasil daripada sebarang keadaan yang di luar kawalan munasabah 8Share termasuk tetapi tidak terhad kepada kegagalan kuasa, kegagalan rangkaian, kegagalan server, sebarang kerosakan teknikal dan elektronik, virus, gangguan kepada sebarang tulang belakang internet awam, rangkaian atau server, sebarang kegagalan peralatan anda, sebarang pencerobohan (“hacking”), pelanggaran sistem keselamatan, perkhidmatan akses tempatan atau sistem, tingkah laku yang tidak dapat diramalkan oleh pekerja semasa atau bekas pekerja kami yang menimbulkan gangguan, gangguan dalam perkhidmatan Internet di kawasan di mana server anda berada atau terletak bersama, tindakan kerajaan atau tindakan-tindakan keganasan, gempa bumi atau tindakan Tuhan yang lain, keadaan buruh, mogok, rusuhan, pemberontakan, kebakaran, banjir, letupan, perang, gempa bumi, bencana alam, atau gangguan.

Indemnifikasi

Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan memegang 8Share, syarikat induknya, anak syarikat dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya, dan pengarahnya, pegawai dan pekerja, selamat daripada sebarang tuntutan atau permintaan, termasuk yuran guaman yang munasabah, yang dibuat oleh sebarang parti ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang platform komunikasi Internet (“Internet Communication Platform”) disebabkan atau yang timbul daripada penggunaan Program ini oleh anda, Akaun 8Share anda, Laman, Rangkaian atau pelanggaran  Terma Perkhidmatan ini oleh anda. Jika anda melanggar Terma Perkhidmatan ini, dengan cara yang membahayakan orang lain, anda bersetuju untuk menanggung rugi dan tidak memerlukan 8Share bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti bagi kerosakan itu.

Jurisdiction

Terma Perkhidmatan ini adalah dikawal oleh undang-undang substantif dalam negara Malaysia, tanpa merujuk kepada konfliknya terhadap undang-undang prinsip.

Peruntukan Khas Berkenaan Pengguna Di Luar Malaysia

Kami berusaha untuk mewujudkan masyarakat global dengan taraf yang konsisten untuk semua orang, tetapi kami juga berusaha untuk menghormati undang-undang tempatan.

Peruntukan berikut dikenakan ke atas pengguna dan bukan pengguna yang berinteraksi dengan 8Share di luar Malaysia: anda bersetuju agar maklumat peribadi anda dipindah dan diproses di Malaysia.

Penyelesaian Pertikaian

Semua soalan atau pertikaian berkaitan dengan Perkhidmatan termasuk Terma dan Syarat hendaklah dikemukakan kepada 8Share.

Kami akan berusaha untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secepat yang mungkin. Semua tafsiran Terma dan Syarat akan dikendalikan mengikut budi bicara mutlak kami. Sekiranya kita membuat kesilapan, kesilapan itu tidak akan dikira sebagai pelanggaran Terma dan Syarat.

Terma dan Syarat ini akan dikawal oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma dan Syarat ini akan diadili di Malaysia.

Soalan, Komen, dan Notis

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, komen, atau notis untuk kami, sila hubungi kami di: malaysia@8share.com. Kita boleh menyampaikan notis kepada anda melalui mel elektronik, suatu notis am mengenai Syarat Perkhidmatan, atau melalui komunikasi bertulis yang dihantar oleh ”First-Class Mail” ke alamat anda dalam rekod.

Pelbagai

Terma dan Syarat ini membentuk keseluruhan perjanjian di antara parti-parti mengenai Program ini dan menggantikan sebarang perjanjian terdahulu atau perwakilan sama ada secara lisan atau bertulis.

Jika sebarang sebahagian Terma dan Syarat ini didapati bahawa tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian yang baki akan tetap berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.

Jika kami gagal untuk menguatkuasakan sebarang Terma dan Syarat ini, ia tidak akan dianggap sebagai pengecualian.

Sebarang pindaan atau pengecualian bagi Terma dan Syarat ini hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh kami.

Anda tidak akan memindahkan sebarang hak atau obligasi anda di bawah Terma dan Syarat ini kepada orang lain tanpa kebenaran kami.

Semua hak-hak dan tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat ini adalah bebas diserahhakkan oleh kami berhubungan dengan penggabungan, pemerolehan, atau jualan aset, atau melalui kuat kuasa undang-undang atau sebaliknya.

Tiada sebarang dalam Terma dan Syarat ini yang akan menghalang kami daripada mematuhi undang-undang.

Terma dan Syarat ini tidak memberikan sebarang hak benefisiari pihak ketiga.

Anda akan mematuhi segala undang-undang berkenaan apabila menggunakan atau mengakses Program ini.